Monday, March 19, 2012

2 hati menjadi SATU

lama jugak aku xupdate ni...
maklum la...
kebelakangan ni agak SIBUK....
kan sekarang dalam proses PRAKTIKUM...sudah semestinya SIBUK la...
hehehhehe....



semalam aku bru ja sampai di KELOMPUR....
balik cuti seminggu di PULAU PENANG....
hehehe.....
rasa TENANG dan HAPPY ja dapat dok umah......
kalu diikutkan plan asal aku tak balik cuti ni tapi aku dapat tau yang MEMBE BAIK aku, IDRIS akan menamatkan zaman bujangnya...so aku balik la jugak kampuung.....
bukan apa, MEMBE BAIK...aku kena la balik, sebagai tuntutan kepada hubungan PERSAHABATAN....
 hehehehheh




so pada 16 MAC 2012 jam 10.05 pagi, maka bersatulah 2 hati IDRIS dan WANA dengan sekali LAFAZ....
majlis akad nikah berjalan dengan lancar..
ALHAMDULILLAH....
namun, ntah selepas selesai akad, aku lihat titisan air mata SAHABATKU membuatkan aku juga terasa sebak... ntah tetiba ja aku rasa..... 
mungkin aku cam dapat petunjuk ja....
OPSS !!! hehehheheh


ni gambar sekitar majlis nikad pagi jumaat.....























ALHAMDULILLAH selesai majlis akad nikah....
keesokkan harinya majlis di ruma wana.....
membe punya pasal....aku pegi gak....
hu3....


gambar sekitar majlis belah pihak perempuan......

erm...TUNGGU.......
hahahhahah

Wednesday, February 22, 2012

buah hatiku....~


hari ini, 22/2/2012 dah hampir 4 minggu aku PRAKTIKUM di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK SELATAN....
secara keseluruhan, sekolah ini memang TERBAIK la.....
sempoi....kira semua OK la.....
(terlintas kat hati, kalu posting sini pon dh kira bgus...hahahahha)





kat sekolah ini, macam biasa la....
kalu PRAKTIKUM, aku akan mengajar PEMULIHAN dan 1 minor aku (kali ni MATEMATIK da....)
mula2 aku dapat 13 orang student...
lepas nasihat pensyarah kesayangan, aku wat tapisan dengan ujian saringan...
3 murid dilepaskan ke kelas perdana....
so aku dapat 10 orang la...
aku xkisah pon...
aku dah rasa sonok mengajar depa....
hehehhehe...




gambaran student semasa LATIHAN KEBAKARAN.....

 ni buah hati aku di kelas PEMULIHAN....







kiut miut kan mereka...hehehhehe



nant aku update lagi....
ini pon mencuri kesempatan dalam masa yang amat sibut ini..
hahahaah

Friday, February 17, 2012

PATAH HATI by SAUJANA

PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG




LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

Tuesday, December 27, 2011

TUNANG & TAWEN tyme (not me ok..) part 2


musim bertunang dan kawen kembali...
sambungan sebelum ni...
2 pasangan yang bertunang...
kali ni  tunang dan kawen....
mereka ni kawan-kawan aku.....



tanggal 24/12/2011...
termetrainya ikatan pertunangan antara MUHAMMAD IDRIS BIN ABU & NUR SHAZWANA BINTI NAYAN......
ALHAMDULILLAH.....selesai sudah majlis.......
moga ikatan ini membawa mereka ke fasa perkahwinan....
dengar kata mereka bakal naik pelamin bulan MAC ni...
SYUKUR pada YANG ESA....
satukan 2 HATI....




kenangan bahagia mereka...
  

lepas ni naik pelamin sekali lagi ya..hehehhe

 
  
pada 25/12/2011....
kenduri sorang lagi membe aku..
membe ni membe sekolah rendah beb....
ALHAMDULILLAH...
tahniah kepada ABDUL AZIZ & FARAH AINA...


SENYUMAN BAHAGIA...

rakan seperjuangan yang masing amik berkat...hahhaha

lama jugak tunggu pengantin mai...
menunggu la kami....
2 jam jugak..
tapi xpa...sembang2 ja...
lama xjmpa...
last jumpa masa RAYA PUASA ari tu....



adoi2....napalah kau AZIZ peluk aku mula-mula...
risau aku..
takut terlekat berkat kawen ni..
hahahhaha.....
tapi semua tu kerjaNYA....
redha ja...
hahahhahaha....
 





berakhirlah siri penyatuan 2 hati bagi tahun 2011...
dengar khabar.....2012 lagi best..
macam-macam ada....
nak TAU..?
TUNGGGUUUUUU.....


Sunday, December 18, 2011

DIA tulang rusuk kiriku,,,,,

Assalamualaikum w.b.t.




Wanita itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia yang dicipta Allah. Dia diciptakan dari rusuk kiri lelaki. Rusuk tidaklah lurus dan tidak pula terlalu bengkok. Dia memerlukan seseorang yang boleh meluruskan bengkoknya itu supaya menjadi lebih lurus dan tidaklah bengkok lagi. 


Kenapa wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki?? bukan tulang kaki atau tengkorak?? 
Dia dijadikan begitu kerana, wanita bukanlah dicipta untuk ditindas,dihina atau dipijak-pijak, bukan juga untuk menjadi lebih baik dari mana ia dicipta tetapi wanita dicipta dari rusuk kiri yang sama paras dan taraf dengan seorang lelaki, dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi.

 

Hargailah mereka yang dicipta dari rusuk kiri lelaki itu.


 
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.  
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
 

 
2. Sayangi dia seadanya. 
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
 

 
3. Sayangi dia sepenuh hati. 
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
 

 
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. 
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang andaakan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
 

 
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. 
Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
 



6. Percaya akan dirinya
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan dirianda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia





7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.





8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.




9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. 
Dia bukan hanyaakan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.




10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda,
 memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.




 pesanan buat semua:

sebagai lelaki..APAKAH yang patut kita lakukan? menyakiti kaum wanita?
renungkanlah bersama...
berFIKIRlah sejenak...
moga "pemilik tulang rusuk kiri" kalian memperoleh layanan terbaik dari kalian...
sama-samalah kita saling menyayangi....
kerana KITA saling memerlukan....