Sunday, December 18, 2011

DIA tulang rusuk kiriku,,,,,

Assalamualaikum w.b.t.




Wanita itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia yang dicipta Allah. Dia diciptakan dari rusuk kiri lelaki. Rusuk tidaklah lurus dan tidak pula terlalu bengkok. Dia memerlukan seseorang yang boleh meluruskan bengkoknya itu supaya menjadi lebih lurus dan tidaklah bengkok lagi. 


Kenapa wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki?? bukan tulang kaki atau tengkorak?? 
Dia dijadikan begitu kerana, wanita bukanlah dicipta untuk ditindas,dihina atau dipijak-pijak, bukan juga untuk menjadi lebih baik dari mana ia dicipta tetapi wanita dicipta dari rusuk kiri yang sama paras dan taraf dengan seorang lelaki, dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi.

 

Hargailah mereka yang dicipta dari rusuk kiri lelaki itu.


 
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.  
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
 

 
2. Sayangi dia seadanya. 
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
 

 
3. Sayangi dia sepenuh hati. 
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
 

 
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. 
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang andaakan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
 

 
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. 
Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
 



6. Percaya akan dirinya
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan dirianda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia





7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.





8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.




9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. 
Dia bukan hanyaakan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.




10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda,
 memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.




 pesanan buat semua:

sebagai lelaki..APAKAH yang patut kita lakukan? menyakiti kaum wanita?
renungkanlah bersama...
berFIKIRlah sejenak...
moga "pemilik tulang rusuk kiri" kalian memperoleh layanan terbaik dari kalian...
sama-samalah kita saling menyayangi....
kerana KITA saling memerlukan....


No comments:

Post a Comment