Monday, April 30, 2012

SAHABAT....


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu....





Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa...


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita...


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA



Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: 
ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: 
ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: 
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: 
ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.


Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


Friday, April 20, 2012

bila HATI mula berBICARA......

Bila hati yang berbicara… lidah kelu tak terkata… 
Tiada kata yang mampu dilafaz… 
Hati berdetik malu kepadaNya… 
Meskipun berdiri dihadapan makhluk juga hamba ciptaanNya, tetap tak mampu mengangkat wajah… 
Kaku untuk bertingkah… Keyakinankah yang hilang…? Atau apa..? 

Hati terus-menerus bertasbih dan bertahmid padaNya… Debaran masih terasa… Teringat pula kalam Sang Pencipta… Tika mana amanah yang tergalas dibahu perlu diselesaikan buat terakhir kalinya… Diantara dua insan yang akan kupilih untuk menjadi pemimpin dikalangan kami, Istikharah memberiku jalan… Melalui 2 ayat dari KalamNya… Sesiapa yang memilih ayat 84, dialah pemimpin kami! dan tidak pula bagi sesiapa yang memilih ayat 82…
“Dan orang-orang yang kelmarin mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata, “Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan karuniaNya pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”
(Surah Al-Qashas, 28:82)
“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanyadiberi alasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah Al-Qashas, 28:84)
Maka telah tersurat takdir mereka di Loh Mahfuz, hanya seorang yang akan dipilih mengetuai barisan jundullah… yang akan meneruskan rantaian perjuangan… Biarpun manusia hanya merancang, tetap Allah adalah sebaik-baik perancang… 
Hati kotor manusia tidak selayaknya untuk memilih… kerana belum tentu yang dipilih adalah berdasarkan kehendakNya…

Lantaran itu, yang berada dibawah harus redha dengan keputusan yang dibuat… 
Siapapun yang terpilih, pasti ada hikmah disebaliknya… peranan kita pula yang pastinya dipertikai diakhirat kelak… tiada insan yang sempurna, maka haruslah saling menampung satu sama lain… juga saling memaafkan… 

Hati ini terus-terusan berbicara…

Tidak layak rasanya diri ini untuk membuat pilihan… maka, mengharap pada Dia untuk memberikan petunjukNya… 
Ya! inilah masanya… Masa yang telah tiba… masa yang ditunggu lama dahulu… masa yang diharap pada sahabat agar memahami… jangan disentuh sekeping hati ini sebelum masanya… 
Jika bertanya pada hati, katanya, “aku ingin sambung belajar… Master targetku!” Namun, Dia lebih berkuasa… Jika dia tidak memperkenankan, pasti ada caturan terbaik untukku yang telah dahulu lagi sebelum aku diciptakan, tercatit didalam kitab itu susunan aturan hidupku… Maka redha bentengku daripada bersangka buruk terhadap Penciptaku…
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum, 30:21)
“Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.”
(Surah Ar-Rum, 30:37)
Tikamana aku mencari… cahaya dan petunjukNya… Dalam pada aku harus memilih insan yang seharusnya menerajui barisan jundullah di kampusku, aku juga diperintah olehNya untuk bersedia dalam mencari dan memilih, seterusnya merancang untuk insan yang bakal menerajui hidupku yang pastinya kuharapkan dia memanduku menuju RedhaNya… 
Yang membawa aku lebih intim kepada CintaNya…

Jika selama ini tiada siapa yang mampu mematahkan pendirianku… tetapi, apabila kalamNya berbicara… hatiku menjadi perkara kedua yang kutolak tepi buat sementara… Perjuangan ini perlu diteruskan mengikut redhaNya…

Ya Rabbi, tunjukkanlah aku jalan…!

Aku perlu berada disini… dibumi ini… bumi yang ketandusan pancaran iman dan Islam… mana mungkin aku bisa melepaskan tanggungjawabku disini…? 
Selagi belum pasti ada yang akan menggerakkannya… 

Perlu untuk aku meninggalkan ‘sesuatu’ disini… dibumi ini…


Jalan ini dipilih bukan kerana hati, tapi keranaNya… 
Kuketepikan semua kepentingan diri bukan kerana hati, tapi kerana Rabbuna wa Rabbu abaa ikum… 
Walau macam manapun, Aku harus pilih!
Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan…!





2 hati menjadi SATU part 2......


lama menyepi...
hampir sebulan sudah.....
seperti dijanji.....aku akan update majlis kenduri WANA & RIES....


majlis rumah WANA















sekitar majlis rumah RIES....










ALHAMDULILLAH selesai sudah......
=)