Monday, September 12, 2011

ALLAH menyayangi "dia"

malam raya....
seperti yang dirancang......kami nk bakar ayam...
maklum la semua balik..kalu tak..susah nk jmpa...
masing2 ada kerjaya dan tanggungjawab sendiri....
aku pon sama.....
rasa seronok ja....
lagi seronok sebab mak su sekeluarga pon ada......
memang meriah la malam raya.....
dalam gembira sedih gak sebab terasa sunti rindu kasih ABAH....

3 september sehari sebelum aku balik KL....
aku saja jejalan pergi umah maksu aku....
tetiba aku nampak boboi (Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan) men komputer....
aku tanya la beberapa soalan...
aku: boboi cuti sekolah berapa lama?
boboi: boboi dah cuti selama-lamanya....
aku: ish..orang tanya la...
boboi : betul la.....
aku: nanti raya haji kita bakar ayam lagi ok..sedapkn malam tu?
boboi: xsempat la.....
aku: kenapa? 
boboi : xtau.....
(rupanya gurauan Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan kini terungkai jua...dia telah pergi selamanya.....)

11 september....hari ini.... (12 tengahari)
sedang aku dok tengok tv..aku terasa nk call mak aku....
aku pon call la....
sembang la..lama gak xsembang...heheh...
maklum la sibuk......
pastu mak bagtau BOBOI exsident....
aku ingat main2......
mak kata maksu da p perlis..
p tengok boboi.......

sedang dok main ANGRY BIRD.....
adik aku call.....
adik : ancha...boboi dh meninggal....
aku: ha???
adik: apis bagtau...p tnya mak....

aku terus call mak aku....
ermmm.....
YA....Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan BETUL DH KEMBALI KE RAHMATULLAH.....
rasa mau luruh jantung aku......
apa kan daya...
ALLAH menyayangi dirimu...
aku pasrah dengan kehendaknya....
sedih rasa hati ini mengenangkan engkau..
umpama baru semalam baru kita ketemu....
moga diSANA kau bersama para solihin....

hanya Dia Yang Maha Tahu.. Maha Tahu untuk segala yang akan berlaku.. kita, apa yang kita tahu? Hatta sesaat yang mendatang pun kita tak mampu mengetahui apa-apa.. kalau tidak, masakan kita terkejut jika ada teman kita yang membuat kejutan.. kalau kita tahu, tentu kita tidak akan terkejut atau mungkin terharu dengan kejutan yang dibuat.. siapa tahu kalau kita akan terjatuh kerana tersepak sebiji batu di hadapan kita.. kalau tidak, tentu kita akan berhati-hati dan mencari jalan lain agar kita mampu mengelak dari terjatuh..


ni sekitar laporan kemalangan yang berlaku....

3 termasuk 2 pelajar terbunuh van dihempap pokok besar

11/09/2011 4:01pm

PADANG BESAR 11 Sept – Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping hari ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.
Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma”ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.
Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri; Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang; dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.
Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu. – Bernama


“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Semoga musibah yang menimpa ini membuatkan kita kembali menginsafi bahawa setiap daripada kita dari Allah SWT dan kita akan kembali kepada-Nya.
 
 
 gambar kenangan Allahyarham Hazman Bakhtiar Sharizan (boboi)


arwah bersama adiknya bongsunya amir

arwah bersama adiknya adib

arwah bersama adik-adiknya

arwah bersama rakannya...

kenangan raya 2010 arwah bersama sepupunya

kenangan raya 2010 arwah bersama sepupunya

arwah bersama rakan seperjuangannya..

Allahyarham Hazman Bakhtiar Sharizan


1 comment:

  1. Semoga Allah mencucuri rohnya, dan mengurniakan kasih sayang yang setingginya buat hambanya yang soleh.
    p/s: gambar dua dari bawah: arwah bersama salah seorang adik saya, Huzaifah.

    ReplyDelete