Thursday, November 3, 2011

Cukup Indah

Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
 
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

Wednesday, October 5, 2011

yang berlaku ada ALASANNYA....

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

Tuesday, October 4, 2011

apa itu CINTA

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. 
Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.
Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. 
Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

 bagi aku pula....
CINTA ini luas....
CINTA ini juga macam chipmore....
sekejap ada..sekejap xda....
hehehhee......

tapi..tidak terpikirkah kita...
MENGAPA KITA PERLUKAN CINTA??

jika hidup ini tanpa CINTA....
bagaimanakah aturannya?

SEMUA ini kehendakNYA....
DIA melakukan ini semua ada sebabnya..
usah kita menidakkan kehendakNYA....


bagi aku.....
aku memang mempunyai CINTA....
CINTA aku pada ILAHI...
CINTA aku pada KELUARGA...
CINTA aku pada sesama MANUSIA....
CINTA aku pada ALAM SEKITAR......


"bila kita menyintai, kita akan rasa bahagia bila rasa dicintai...."

Monday, October 3, 2011

duhai HATI janganlah MENANGIS...


Pernahkah diri merasa kecewa? Apakah sebab jika diri ini marah?
Setiap orang pasti pernah merasakanya. Namun, kebanyakan dari kita selalu dan selalu merasa sedih, kesal dan tidak menerima atas apa yang menimpa diri kita. Kita terlalu dibutakan oleh ego kita, oleh amarah kita. 
 
 
kenapa pula aku rasa kecewa ni hai ini?
ermm....
mungkin banyak sebabnya....
susah la...
hati ini yang terasa PERIT menanggungnya....
 

kalau bercakap KAWAN, PERSAHABATAN...
bagi aku banyak pahit dari manisnya....
aku banyak makan hati dengan insan bergelar KAWAN...
 
"KITA SERING MENJAGA HATI KAWAN, NAMUN ADAKAH KAWAN MENJAGA HATI KITA??"
renunglah....
fikirlah.....
mencari kawan memang mudah...namun memperoleh kawan sejati amat SUKAR....
umpama mencari permata dalam serpihan kaca....
tersalah pilih, binasalah diri....

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.


kalaulah seorang kawan meminta nasihat
apalah salah jika kita memberikannya nasihat....
namun BALASANnya..kita dimarahi...

apakah perasaan kalian? bersabar? jika sekali, 2 kali masih OK....tetapi telah berulang kali....
hati mana sanggup menerima?
SABAR?
sampai bila?
apa guna putus persahabatan dengan perkara ini?
bila diri sendiri merasai..barulah boleh membuat keputusan...

antara ego dan persahabatan...
TUHAN, tunjukkan jalan untuk menempuh dugaan ini,
TEMAN maafkan aku melukakanmu....
bukan niatku...
tetapi antara keegoanku dan keegoanmu...
 
AKU tidakkan terdaya menahan hiba HATI ini...
REDHAkan saja..mungkin ada rahmat setiap yang berlaku...

dalam persahabatan....
JANJI mudah ditaburi...
namun bila untuk dikotai..
rasanya TIDAK.....
tetapi hati ini tetap redha saja....
biarkan saja...

rasa kat hati ini..
buat apa bergantung lagi pada KAWAN...?
boleh ja hidup sendiri....
bukan taknak berkawan...
tetapi dalam berkawan terasa bnyak pahitnya dari manis....

DUHAI HATI INI, JANGANLAH MENANGIS...
TIADA GUNA..
ALLAH MENGETAHUI PERKATA YANG TERJADI....
INSYALLAH DIA TELAH ATURKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI INI....


Kunci Persahabatan yang boleh dikongsi...

  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

p/s: pilihlah teman yang anda inginkan.....

Thursday, September 29, 2011

jom belajar MAKE UP....

selalunya make up ini mesti da kaitan ngan orang perempuan....
tapi hakikatnya sekarang...
lelaki tak kurang hebatnya....
huhuhuhu......


hari SABTU  24 september 2011....
kelab kebudayaan IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK menjalankan aktiviti bengkel KESAN SOLEKAN KHAS di UNIVERSITI MALAYA.....
aku la ketua projek ni...
serabut gak nak uruskan tpi semua dh siap......
semangat aku punya pasal....
awal2 pagi aku bersiap......
dh siap semua barang...
yang penting MY BABY (kamera aku la) tak tertinggal....
huhuhuhu.....

segala perjalanan berjalan dengan lancar...
mula kami diperkenalkkan dengan MAKE UP artis..
rasa bangga gila dapat berjumpa...
semangat terus....
nama glemer sorang ni J-LO dan EVA...
sempoi kan?? hehehhe
J-L0  dan EVAni memang hebat......
mula2 DEPA ajar cara make up asas....
baru semua geng lelaki tau ...
selama ni tngok orang dh pakai make up..
sekarang dh tau macam mana nk make up....
MEMANG AMAT MENARIK.......

lepas tu....J-L0 ajar wat make up efek....
efek luka....
efek terbakar....
efek kena tembak...
macam2 la....
terpegun kami semua...
huhuhuhu

lepas kami dapat pengetahuan asas...
kami lalui praktkal.....
kami dibahagiakan dalam 6 kumpulan....

ni pembahagian kumpulan...

KAMI rasa amat seronok......
rasa macm tak puas belajar sekejap saja...
huhuhuhu..
macam nk belajar lagi le....

ni da gambar semasa bengkel




















bersama J-LO yang meletop..  =)