Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta.
Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.
Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu.
Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -
- Saidina Umar Ibnul Khattab -
bagi aku pula....
CINTA ini luas....
CINTA ini juga macam chipmore....
sekejap ada..sekejap xda....
hehehhee......
tapi..tidak terpikirkah kita...
MENGAPA KITA PERLUKAN CINTA??
jika hidup ini tanpa CINTA....
bagaimanakah aturannya?
SEMUA ini kehendakNYA....
DIA melakukan ini semua ada sebabnya..
usah kita menidakkan kehendakNYA....
bagi aku.....
aku memang mempunyai CINTA....
CINTA aku pada ILAHI...
CINTA aku pada KELUARGA...
CINTA aku pada sesama MANUSIA....
CINTA aku pada ALAM SEKITAR......
"bila kita menyintai, kita akan rasa bahagia bila rasa dicintai...."
No comments:
Post a Comment